Life is about making decision

Life is about making decision
keep in mind that there will be Judgement Day

Friday, February 24, 2012

To know You is To Love You

At times when I feel so lonely
no one to keep me company
You were there
At times when I feel so trouble
No one for me to turn to
You were there
You always there
In times of pain sorrow
When it feels like there's no tomorrow
In You I find peace and strength
To get my life back on track again
In times of joy and laughter
Happiness feels like forever after
In You I find it never ends
Coz your love's always there to mend
I've come to realize
That You are my savior
You're the Most forgiving
Most merciful
A step I take towards You
Thousand steps You will see me through
You're the All Knowing
You're the Most Gracious
Most Bountiful
Oh Allah
The more I know You
The More I love You. 





Sunday, January 29, 2012

Re-post: Apabila mahasiswa berbicara soal politik


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Kali ni nak berbicara pasal politik pula. Hmm, apa pendapat pembaca tentang politik kat negara kita sekarang? Saya ada bekerjasama dengan beberapa mahasiswa dari pelbagai universiti menjalankan ‘survey’ tentang politik di negara kita sekarang. Pelbagai reaksi kami dapat. Subjek kami adalah pelajar universiti. Kebanyakan mereka menyifatkan politik sekarang bersifat 'tidak sihat'. Reaksi ni tidak memeranjatkan saya kerana kita boleh lihat suasana politik yang sedang ‘berlangsung’ sekarang.

Kita boleh lihat suasana politik sekarang begitu menyesakkan. Pelbagai cerita politik sentiasa memenuhi dada-dada akhbar. Dari cerita yang bersifat ke arah pembangunan negara yang dipolitikkan sehinggalah ke cerita keaiban tokoh politik yang turut dipolitikkan. Suasana ini menimbulkan rasa tidak senang majoriti masyarakat Malaysia. Kehidupan seolah-olah sentiasa dihimpit dengan rasa tidak menentu.

Pemimpin politik tidak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang seharusnya mewujudkan suasana politik sihat yang didasari oleh syariat Islam, kepentingan rakyat dan negara. Malangnya apa yang sedang berlaku menunjukkan hal yang sebaliknya. Perjuangan survival politik sendiri mengatasi kepentingan memperjuangkan hak rakyat.

Cukuplah kita berpolitik semasa pilihan raya, usahlah kisah itu dilanjutkan sehingga ia menimbulkan kebencian masyarakat apabila mendengar perkataan politik. Sindrom kebencian pada politik ini bukan hanya 'membarah' pada masyarakat awam, namun yang paling ditakuti ia turut menimpa masyarakat kampus. Lihat sahaja statistik pengundi berdaftar daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menunjukkan lebih empat juta penduduk Malaysia tidak berdaftar sebagai pengundi dan hampir 80 peratus daripadanya terdiri dari kalangan belia. Lebih-lebih lagi mahasiswa tidak dibenarkan terlibat dalam politik.

Suatu hal yang perlu diketahui oleh pemimpin politik Malaysia, permainan politik anda telah membunuh ribuan jiwa mahasiswa yang selama ini mendambakan kecintaan pada dunia politik. Imej yang telah ditonjolkan menyebabkan mahasiswa mengalihkan perhatian mereka pada perkara yang tidak bersifat politik seperti sukan dan hiburan. Akhirnya Malaysia akan melahirkan generasi mahasiswa yang hanya pandai berilmu, gagah dalam bersukan, hebat dalam hiburan namun gagal dalam kepimpinan. Kita tentu tidak mahu diibaratkan seperti insan yang sedang membina istana pasir, tangan kiri bekerja keras membina istana pasir, namun dalam masa yang sama tangan kanan bergerak pantas memusnahkan binaan itu. Apakah sebenarnya generasi universiti yang sedang cuba kita hasilkan?

 Wallaua'lam.


Thursday, January 26, 2012

Kahwin?



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Kahwin? Hmm..isu kahwin lagi nampaknya. Saya masih muda tapi ramai yang dah bertanya, “bila nak dirikan masjid?” Bila saya fikir balik, agak pelik dengan pertanyaan yang bertalu-talu tu sebab usia saya yang masih muda. Tapi soalan tu tak pelik sebab sekarang kahwin muda bukan lagi taboo. Dan saya hanya  mampu jawab, “takde yang masuk pinang saya lagi. Jodoh belum sampai gamaknya” Senang. Heh.

Maknanya, saya dah bersedia untuk kahwin la? Kalau ada yang masuk pinang saya sekarang, saya akan terima la? Wa..biar betul. Sebenarnya isu ni tak semudah yang difikir. Walaupun saya mungkin dah bersedia, tapi macam mana pula pandangan ibu bapa saya? Adakah mereka akan benarkan saya untuk kahwin semasa belajar? Perbelanjaan pula, macam mana? Saya belum kerja lagi, mana la ada duit. Nak pakai duit mak dan ayah? Hai, takkan nak menyusahkan mereka. Lepas kahwin pula, macam mana? Dah hidup berdua, perbelanjaan pula mestilah bertambah. Ditambah lagi, kalau dua-dua masih belajar. Macam mana ye?

Kusut tak bila fikir semua ni? Hehehe. Soal persediaan nak masuk ke hidup baru, tak menjadi masalah sangat (agaknya lah). Sebab kita memang kena sentiasa meningkatkan hidup kita, walaupun lepas kita kahwin. Jadi persediaan tu memang dah patut start dari dulu lagi. Always improve ourselves. Duit boleh dicari. Berusahalah, nak hidup kan?

Kalau kahwin masa belajar, senang ke nak uruskan hidup? Hidup single pun macam tak terurus. Dalam hidup, senang tu memang susah nak jumpa sebab hidup penuh dengan dugaan. Itulah yang dinamakan hidup. Kalau semuanya senang, itu bukanlah dinamakan hidup. Kalau kahwin masa belajar, tak terjejas ke pelajaran kita nanti? Kahwin ke, tak kahwin ke, semuanya terpulang atas kita. Ada je yang tak kahwin, tapi pelajaran tah ke mana2 dan ada pula yang kahwin masa belajar, tapi CGPA terus naik! Contohnya salah seorang pensyarah saya. Dia ada ceritakan pengalaman dia kahwin semasa belajar. Sangat menarik. (^_^). 

Dah gatal sangat ke nak kahwin muda sampai tak boleh tunggu habis belajar? Hah, ni tanggapan salah masyarakat. Sepatutnya, bila cukup syarat sesorang tu untuk berkahwin, dan dia ingin berkahwin, hasratnya tak patut di pandang enteng. Bukankah bagus niat dia? Dia nak menutup pintu kearah kemaksiatan dengan menghalalkan hubungannya dengan pasangan dia, kan? Dan apabila seseorang itu berkahwin, dia telah menyempurnakan separuh dari iman dia. Bukan ke bagus tu?

So, saya ni dah bersedia untuk kahwin la? Ya, saya dah bersedia, dan menunggu seseorang yang saya REDHA AGAMANYA datang melamar saya DENGAN IZIN KEDUA IBU BAPA saya. Itu adalah jawapan saya kepada kamu2 yang bertanya.  Apa maksudnya seseorang yang saya redha agamanya? Seorang yang wara’? soleh? Alim? Ustaz?  Saya tak minta yang soleh sebab saya pun taklah solehah sangat. Saya tak minta yang bergelar ustaz sebab saya lagi jauh untuk bergelar ustazah. Nak minta yang kaya, saya tak demand sangat, cukup sekadar apa yang ada. Nak minta yang hensem, saya pun tak la cantik, sekadar hamba sesempurna kejadian yang Allah ciptakan. Nak minta yang berpangkat, saya hanyalah seorang hamba. Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA DIRI SAYA sedanya. Cukuplah yang ADA AGAMA di hati dan MENGAMALKANNYA serta sama2 mencari jalan ke syurga apabila bahtera di layar dan masjid didirikan. Cukuplah sama2 SALING MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia. (^_^).  Dan ingat, RESTU KEDUA IBU BAPA sangat penting dalam mendirikan masjid!

Berinai? Apa hukumnya?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Ada yang bertanya, apa hukum berinai? Saya tak berani nak menjatuhkan hukum sebab saya sendiri tak pasti. Jadi saya pun mencari melalui sumber yang boleh dipercayai, insyaAllah.

Berinai sudah menjadi satu adat bagi perempuan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Inai adalah perhiasan yang diharuskan bagi perempuan sebagai pewarna rambut ataupun hiasan jari.  Agak janggal sekiranya jari-jemari dan telapak tangan tidak berhias dengan inai lebih-lebih lagi berinai dengan pengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Persoalannya, apakah hukum di sebalik semua itu? Mari kita nilai isu ini berdasarkan hadis Nabi SAW ini:

Daripada Ibnu Umar r.a, katanya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu.” (Sahih Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : “Allah mengutuk wanita yag mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)” (Sahih Bukhari)

Walaupun berinai diharuskan bagi wanita, lelaki dilarang memakainya kerana perbuatan tersebut menyerupai wanita. Hal ini jelas disebut dalam hadis riwayat Bukhari: “Rasulullah SAW melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim pula menyebut: “Rasulullah SAW melarang lelaki memakai wangian Zafaran.”

Imam Nawawi menjelaskan, larangan itu kerana warnannya bukan kerana bau wanginya. Bau wangi disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bagi lelaki adalah sama dengan memakai Zafaran. Namun, bagi lelaki yang berinai disebabkan penyakit atau untuk tujuan perubatan, dalam keadaan ini diharuskan.

Sementara itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan hukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

·         Pemakaian inai pada kedua-dua tangan dan kaki adalah harus bagi wanita sama ada yang telah berkahwin mahupun belum selagi mana ia tidak menimbulkan fitnah.
·         Namun begitu, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja. Warna yang digunakan pula mestilah tidak bersifat kekal seperti tatu dan tidak mengandungi sebarang unsur yang meragukan.
·         Mengenai pemakaian inai bercorak pada tangan dan kaki seperti ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa, ajaran atau apa jua gambar yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
·         Pemakaian inai pada kedua-dua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Wallahua’lam.  

Thursday, January 19, 2012

The perfect social system of ants


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Ants live in colonies with a perfect division of labor exist amongst them. When we take a closer look at their systems, we shall also see that they have pretty interesting social structure. It will also come to our attention that they are capable of sacrifice at a much higher level than human are. One of the most interesting points is that, compared to human, they do not know the concepts such as the rich-poor discrimination and the fight power that are observed in our societies.

Many scientist who for years have been doing extensive research on ants, have not been able to clarify the subject of their advanced social behavior. Caryle P. Haskins, Ph.D., the president of Carnegie Institute at Washington has to say: “After 60 years of observation and study, I still marvel at how sophisticated the ants’ social behavior is. The ants thus make a beautiful model for our use I studying the roots of animal behavior.” (National Geographic, vol. 165, no.6, p.775)

Social System

Some colonies of ants are so extensive with respect to population and living area, that it is impossible to explain how they can form a perfect order such as vast area. Therefore, it is not easy not to concur with Dr. Haskins. As an example of these large colonies we can give the species of ants, Called Formica Yessensis that lives on the Ishikari coast of Hokkaido.

This ant colony lives in 45,000 interconnected nests over an area of 2.7 square kilometers. The colony, which is composed of approximately 1,080,000 queens and 306,000,000 workers, has been named the “Super colony” by the researchers. (Bert Holldobler-Edward O.Wilson, The Ants, Harvard University Press, 1990, p.1) It has been discovered that all production tools and food are exchanged in an orderly fashion within the colony.

It is vey hard to explain how the ants have maintained this order without any problems, considering the vast area they are living in. We must not forget that various security forces are needed for enforcing law and maintaining social order, even in a civilized country with a low population density. And there is an administrative staff leading and managing these units. Sometimes, it does not become possible to maintain the required order without problems despite all these intense efforts.

Does the queen give order?

Yet in ant colonies there is no need for police, gendarmerie or guard. If we consider that actually the duty of the queens, whom we think of as a leader of the colonies, is just to maintain the species, they do not have a leader or governor. There is thus no hierarchy based on chain of command amongst them. Then who is it that lays down this order and maintains its continuity?

The fact that ants can establish such a great and perfect order is proof that they are acting on the inspiration of certain “supervisor”. The verse below fully confirms that God is the master and supervisor of everything and every living creature acts on His inspiration.

“I have put my trust in God, my Lord and your Lord. There is no living being He does not hold ny the forelock and inspect! My Lord is on a straight path.” (Surah Hud: 56)


Source: Harun Yahya_Jun 30, 2005_ http://www.harunyahya.com

Wallahua'lam.

Wednesday, January 18, 2012

Baru sikit Allah tarik....


Assalamualaikum

Alhamdulilah, marilah sama2 kita mengucapkan rasa syukur kepada Allah yang masih memberi kita ruang dan waktu untuk terus beribadat dan peluang untuk bertaubat kepadaNya. (^_^). Begitu banyak nikmat Allah kurniakan kepada kita, betul tak saudara dan saudari sekalian?

Kalau nak dikira nikmat yang Allah bagi, memang tak terkira. Terlalu banyak dan rahmat Allah terhadap hamba2Nya terlalu luas. Ia terpulang atas setiap individu untuk melihatnya. Kita sebagai manusia terlalu banyak mengeluh berbanding bersyukur. Kita selalu nampak pada yang sedikit, tetapi lain2 nikmat yang Allah bagi tak pula kita nak ucap syukur. Begitulah manusia, mudah alpa dan leka dengan nikmat. Bila Allah tarik sikit, macam2 merungut. Saya pun tak terkecuali. Banyak merungut. Sikap ni perlu diubah!

Saya sekarang Allah tengah uji dengan sakit lutut. Mula2, saya ingat sakit lutut biasa, tapi rupa2nya serius juga kecederaan ni. Masa mula2 sakit, buat tak tahu je, walaupun sakit tu sangat ‘menyengat’. Siap jogging lagi. Bila balik rumah pergi jumpa doktor dan doktor pun cakap la secara terperinci masalah yang lutut saya hadapi. Agak terkejut sebab sebelum ni walaupun sakit, macam2 saya buat. (sebab tak tahu masalah sebenar). Sekarang, banyak benda terpaksa saya hentikan. Solat pun terpaksa dilakukan dalam keadaan duduk. Alhamdulilah, masih diperingkat awal dan tak perlu kena tebuk (scary). Sekarang saya menjalani physiotherapy. Mudahan2 Allah bagi kesembuhan (doakan saya ye. Moga dengan sakit ni juga doas2 kecil saya terhapus) Disebabkan sakit ni, pergerakan saya terhad. Saya pun terfikir, orang2 tua banyak mengalami sakit lutut dan menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti seharian.

Sementara kita masih muda, cubalah membuat sebanyak mungkin ibadat yang mampu kita lakukan. Masa muda antara nikmat dari Allah. Kita dikurniakan badan yang kuat dan cergas. Waktu ni la kita nak rebut peluang melakukan ibadat sebanyak mungkin. Ni baru sikit nikmat Allah tarik dari saya. Itu pun saya dah rasa sangat sukar. Bersyukur la setiap apa yang ada pada kita. Pengajaran untuk diri sendiri.
   
Wallahu’lam.   

Tuesday, January 17, 2012

It's tough, but interesting!

Assalamualaikum.
Alhamdulilah, just finish my first semester on my second year. Although for this semester I cannot performed well in academic, but I hope I can take lesson from my mistakes that I’ve done. One of my friends said that, never regret what mistakes that we’ve done because from there we learn something. Yup! I’ve learn so many things through out this semester. I hope I can have more positive attitudes after this. Never be pessimistic person because it will make my self-esteem at a low level. I want to have courage to try new things in my life.” Do the thing that I think I cannot do. Fail at it, try again. Then, do better for the second time”. That’s what Oprah said. Yes!

I just realize that psychology field is really tough. Before, I thought it’s quite easy. But, after then, after I through it, it’s not that easy as I thought. However, psychology is interesting field, indeed. We have to deal with so many things that have something to do with human being. Very interesting! We’re study about human cognition, how human develop from conception until death, changes in human through out his life, human social life, human personality, abnormal behaviors and so on. Interesting right? But, what makes it more interesting is when we look at it from Islamic perspective because in psychology, we used to know theories from western scholars. But, when we relate it from Islamic view, we come to amaze how precise Allah creates us a human being as well as this universe. There are so many things that I’ve learned and make me more eager to know more about psychology. 

I hope with all knowledge that I’ve gained and I’ll gain, I can contribute something to Islam. InsyaAllah. May Allah bless my effort as well as your effort to make muslims as top people in this world. Ameen. Whatever field you are majoring, give your contribution for Islam. (^_^)
Wallahua’lam.